Sunday, March 16, 2014

Monday, February 10, 2014

KARNIVAL JELAJAH GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS) DAERAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 7-8 FEB : Dalam menghadapi masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa kini, satu inisiatif telah diambil oleh YB Dr. Hajah Halimah Ali melalui jawatankuasa induk menangani gejala sosial Selangor atau dikenali sebagai GEMS dengan mengadakan Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) bersama  masyarakat di daerah Kuala Selangor. Karnival ini telah dihadiri Pegawai Daerah, ketua-ketua kampung,  serta pelbagai lapisan masyarakat termasuk wakil belia. Program Jelajah ini akan bergerak kesembilan daerah di dalam Negeri Selangor dan Kuala Selangor telah terpilih menjadi daerah yang pertama.


 Karnival ini diadakan bertujuan untuk mendekati dan memahamkan masyarakat Kuala Selangor tentang tanggungjawab mereka terhadap isu-isu gejala sosial serta mahu melahirkan ramai generasi idaman di Negeri Selangor.

Pelbagai aturcara menarik diatur antaranya Majlis Dialog “ MENGEHSANKAN INSAN DI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN”, Forum INSAN EHSAN, Jom Kerja “Walk Interview”, sembang santai “HIJRAH”.


Dalam satu Majlis Dialog, Dr Hajah Halimah Ali telah berdialog dengan pimpinan masyarakat di peringkat daerah serta beberapa wakil daripada jabatan dan agensi penguatkuasaan.

Antara initipati ucapan beliau, Dr Hajah Halimah Ali telah menjelaskan hala tuju Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berpandukan matlamat Selangor sebagai Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Tegas beliau lagi, generasi muda hari ini adalah penentu kepada kesejahteraan masyarakat  pada masa akan datang apabila terbentuknya elemen yang positif berdasarkan aspek spiritual, fizikal, intelektual, emosi dan sosial seseorang.



Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan agensi jabatan kerajaan. Karnival itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race, Pertandingan Melukis Dan Mewarna dan  ‘Kuala Selangor Berselawat’


Saturday, July 16, 2011

Ubat untuk jiwa yang cenderung ke arah berbuat dosa!

Hidup akan tenang sekiranya kita mampu berkomunikasi dengan Pencipta kita. Hanya Dialah yang memahami diri kita sebenarnya.Hanya kepada dialah kita harus memohon dan meminta.Mengadu dan merayu.Segala yang kita perlukan dalam kehidupan semua telah dimuatkan dalam ungkapan-ungkapan dalam solat.Sebab itulah hati akan jadi tenang sekiranya kita solat.Solat tulen.Solat khusyu'.
Sebab itulah YB DrHjh Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial melontarkan istilah 'SOLAT IS BEST' dalam ucapan-ucapan beliau dan memulakan modul SOLAT IS BEST kerana Solat khusyu' mampu menghindarkan masalah gejala sosial termasuk maksiat dan mungkar.

Thursday, December 30, 2010

Proses menyedarkan ummat Islam tentang ZINA perlu disertyai semua pihak

KENYATAAN AKHBAR

KEMPEN ANTI ZINA SIRI KEDUA KERAJAAN SELANGOR

31/12/10

SHAH ALAM

Kerajaan Selangor melalui JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN melancarkan KEMPEN ANTI ZINA KEDUA SEMPENA TAHUN BARU 31/12/10.

Untuk mempastikan Selangor boleh mencapai visi untuk menjadi baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yakni negeri yang baik dan diampuni oleh Allah swt maka selain daripada mengajak kepada kebaikan,pembangunan dan kemajuan, kerajaan Selangor juga serius menangani gejala sosial.

Ia melibatkan kolaborasi sinergistik pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang merangkumi PDRM, AADK, Pihak berkuasa tempatan, JAIS dan NGO-NGO serta belia dan beliawanis. Ia juga melibatkan semua masjid dan JKKK .

Kempen yang dipelopori oleh kerajaan negeri akan diadakan di semua 9 daerah di Selangor dan diketuai oleh Penguatkuasa PAID daerah dan dipantau oleh Jawatankuasa GeMS DAERAH yang dipengerusi oleh Pegawai DAERAH.

Ini adalah usaha membangkit gelombang kesedaran di kalangan umat Islam amnya dan remaja belia khususnya supaya menjauhi perkara maksiat dan kembali kepada cara hidup Islam yang sudah mempunyai tatacara hidup yang sudah lengkap dan sesuai untuk naluri manusia.

Kerajaan Selangor tidak rela melihat anak muda terlanjur kerana hanyut terikut-ikut trend negatif kompleks yang mempertuhankan nafsu.Wabak..Gejala ini terbit daripada gandingan kejahilan dan ketandusan kasih sayang keluarga serta kelonggaran pemantauan sistem social masa kini.

Alhamdulillah seramai 800 orang dijangka terlibat dalam operasi dakwah dan pencegahan maksiat serta kempen anti zina. Yang paling penting JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL NEGERI SELANGOR mengharapakan kempen kesedaran semua pihak samada pemimpin mahupun ibubapa dan remaja/belia sendiri bersedia memain peranan maksima untuk menyelamatkan zuriat ummat Islam masa dating. Juga ia proses melatih jabatan, agensi kerajaan serta aktivis social serta rakyat jelata bertindak sebagai satu pasukan untuk menangani bersama segala masalah.

YB DR HJH HALIMAH ALI

Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor

Merangkap

EXCO Pembangunan Modal Insan Selangor

Sunday, December 5, 2010

Program GeMS Daerah Gombak

Usaha untuk menarik remaja belia kepada kehidupan yang positif dan mencegah mereka daripada terhanyut dalam maksiat dan lembah dosa perlu menggunakan kaedah atau metodologi yang serasi dengan naluri mereka.Justeru program GeMS yang bersifat santai tetapin mendidik diteruskan ke daerah Gombak pada 27/11/10.
Artis terkenal AMY SEARCH berjaya menggamit remaja belia hingga sesak.Peminat Akil Hayy, Ringgo,Muaz dll YANG MASING-MASING memberi sedikit pesanan yang relaks kepada remaja/belia(REM-BEL) dan menyentuh tentang hubungan haram lelaki-perempuan dan menyeru anak-anak muda supaya menjalani cara hidup yang sihat dan beragama. Majlis di rasmikan oleh YB DR HJH HALIMAH ALI yang meluang masa melihat sendiri telatah orang muda bertemu dengan ikonnya. Tuan Pegawai Daerah Gombak juga turut serta.

Wednesday, November 3, 2010

Generasi Idaman Selangor(GeMS)


HALATUJU KERAJAAN SELANGOR:

Selangor negeri idaman, maju, sejahtera dan berkebajikan

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan Selangor meletak agenda terfokus memacu pembangunan modal insan diantara teras utama pembangunan negeri Selangor.