KENYATAAN AKHBAR
KEMPEN ANTI ZINA SIRI KEDUA KERAJAAN SELANGOR
31/12/10
SHAH ALAM
Kerajaan Selangor melalui JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN MODAL INSAN melancarkan KEMPEN ANTI ZINA KEDUA SEMPENA TAHUN BARU 31/12/10.
Untuk mempastikan Selangor boleh mencapai visi untuk menjadi baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur yakni negeri yang baik dan diampuni oleh Allah swt maka selain daripada mengajak kepada kebaikan,pembangunan dan kemajuan, kerajaan Selangor juga serius menangani gejala sosial.
Ia melibatkan kolaborasi sinergistik pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang merangkumi PDRM, AADK, Pihak berkuasa tempatan, JAIS dan NGO-NGO serta belia dan beliawanis. Ia juga melibatkan semua masjid dan JKKK .
Kempen yang dipelopori oleh kerajaan negeri akan diadakan di semua 9 daerah di Selangor dan diketuai oleh Penguatkuasa PAID daerah dan dipantau oleh Jawatankuasa GeMS DAERAH yang dipengerusi oleh Pegawai DAERAH.
Ini adalah usaha membangkit gelombang kesedaran di kalangan umat Islam amnya dan remaja belia khususnya supaya menjauhi perkara maksiat dan kembali kepada cara hidup Islam yang sudah mempunyai tatacara hidup yang sudah lengkap dan sesuai untuk naluri manusia.
Kerajaan Selangor tidak rela melihat anak muda terlanjur kerana hanyut terikut-ikut trend negatif kompleks yang mempertuhankan nafsu.Wabak..Gejala ini terbit daripada gandingan kejahilan dan ketandusan kasih sayang keluarga serta kelonggaran pemantauan sistem social masa kini.
Alhamdulillah seramai 800 orang dijangka terlibat dalam operasi dakwah dan pencegahan maksiat serta kempen anti zina. Yang paling penting JAWATANKUASA MENANGANI GEJALA SOSIAL NEGERI SELANGOR mengharapakan kempen kesedaran semua pihak samada pemimpin mahupun ibubapa dan remaja/belia sendiri bersedia memain peranan maksima untuk menyelamatkan zuriat ummat Islam masa dating. Juga ia proses melatih jabatan, agensi kerajaan serta aktivis social serta rakyat jelata bertindak sebagai satu pasukan untuk menangani bersama segala masalah.
YB DR HJH HALIMAH ALI
Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merangkap
EXCO Pembangunan Modal Insan Selangor
